Kelas E-learning – Number Bingo, Learn the Skeletal System dan ABC Slider Puzzle
29 Jun 2024 | Aktiviti TerkiniPada 28 Jun 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah mengadakan Kelas e-learning kepada ahli-ahli NADI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan motivasi serta mengetengahkan kreativiti dan kemahiran memori dalam kalangan peserta.
Dalam sesi pertama kelas ini, peserta diminta untuk membuka laman web ABCya.com dan memilih tajuk Number Bingo dimana peserta akan memilih julat nombor dan kemudiannya mengklik nombor yang didengari. Peserta dikira menang dan perkataan Bingo akan terpapar sekiranya mereka menanda nombor dalam grid yang berturutan.
Pada sesi kedua pula, peserta telah bermain permainan bertajuk Learn the Skeletal System dimana mereka dikehendaki untuk mengklik dan mengheret nama-nama tulang ke tempat kosong yang disediakan. Markah akan diberi berdasarkan petak yang diisi dengan betul.
Pada sesi ketiga pula, peserta dikehendaki memilih tajuk ABC Slider Puzzle dimana peserta akan mengheret blok-blok abjad ABC yang berselerakan dan menyusun dengan mengikut turutan yang betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: